PERHATIAN! Fenomena Air Pasang Perbani Berlangsung 4 Hari Ini
KUALA LUMPUR, 04 Julai 2023 – Penduduk pesisir pantai di empat negeri diarah peka dengan risiko berdepan dengan fenomena air pasang perbani yang dijangka bermula hari ini sehingga 07 Julai yang mungkin membawa kepada bencana banjir.
Pusat Hidrografi Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan fenomena tersebut diramal berlaku seawal jam 1 petang ini.
Menurutnya, paras air laut di Pelabuhan Klang kemungkinan mencapai paras air laut setinggi 2.0 meter, dan di Batu Pahat pula setinggi 1.5m.
BACA JUGA: Kerajaan Tanggung 4,000 Lesen PSV Kepada Yang Layak
BACA JUGA: Keselamatan & Kedaulatan Negara Dikompromi, Tiong Perlu Letak Jawatan – Hj Aminuddin
BACA JUGA: PAS Dakwa DAP Main Isu 3R, Gesa Kerajaan Adil Dalam Tindakan
Manakala, Kuala Muda dijangka mencapai setinggi 1.2 meter, dan di Bagan Datuk pula setinggi 1.3m.
Fenomena ini berkemungkinan menyebabkan banjir di kawasan rendah di pesisir pantai dan muara sungai.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memantau keadaan cuaca semasa selain merujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.
Dalam pada itu, maklumat lanjut mengenai paras pasang surut boleh dilayari menerusi laman sesawang hydro.gov.my/ramalanpasangsurut.