Amaran: Indonesia Berpotensi Banjir Pesisir, Fenomena Bulan Baru
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
INDONESIA, 29 Disember 2022 – Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) mengeluarkan amaran banjir pesisir (rob) berpotensi terjadi di beberapa wilayah pesisir Indonesia.
Hal ini berikutan fenomena Bulan Baru pada 23 Disember 2022 dan Perigee (jarak terdekat bulan ke bumi) pada 24 Disember 2022 yang berpotensi meningkatkan paras laut maksimum.
Antara kawasan yang berpotensi berlakunya banjir pesisir ini adalah:
• Pesisir Aceh
• Pesisir Sumut
• Pesisir Sumbar
• Pesisir Lampung
• Pesisir Kepri
• Pesisir Babel
• Pesisir Banten
• Pesisir utara DKI Jakarta
• Pesisir Jabar
• Pesisir Jateng
• Pesisir Jatim
• Pesisir NTB
• Pesisir NTT
• Pesisir Kalbar
• Pesisir Kalteng
• Pesisir Sultra
• Pesisir Maluku Utara
• Pesisir utara Papua
• Pesisir Papua Selatan
Menurut BMKG lagi, potensi banjir pesisir (rob) ini berbeza waktu (hari dan jam) di setiap wilayah yang secara umumnya memberi kesan kepada kepada aktiviti masyarakat di sekitar pelabuhan dan pantai, seperti aktiviti bongkar muat di pelabuhan, aktiviti di kawasan pesisir pantai, serta aktiviti tambak garam dan aktiviti perikanan darat.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada untuk impak Air Pasang Maksimum dan mengambil perhatian terhadap kemaskini maklumat cuaca maritim daripada BMKG melalui: Pusat panggilan 021-6546315/18 atau Pusat panggilan BMKG 196 atau di http://maritim.bmkg.go.id atau ikuti Twitter dan Instagram @BMKGmaritim atau anda boleh terus menghubungi pejabat BMKG berhampiran.