Tempatan

Sayang Tinggalkan Harta Benda, Mangsa Banjir Enggan Pindah Ke PPS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PASIR MAS, 13 Disember 2020 – Pasukan penyelamat berdepan kesukaran bagi memindahkan mangsa terjejas banjir di daerah Rantau Panjang dan Pasir Mas ke kawasan selamat kerana ada segelintir di antara mereka enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana sayang tinggalkan harta benda di kediaman masing-masing.

“Penduduk di beberapa tempat tidak mahu berpindah kerana menganggap banjir belum besar dan masih ingin berada di rumah.”

“Walaupun begitu, keadaan dapat diatasi apabila berjaya dipujuk manakala yang masih kekal di rumah kerana alasan sayang harta benda, berada dalam keadaan terkawal,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah.

Namun begitu, mangsa banjir dinasihati supaya segera berpindah ke PPS walaupun rumah digenangi air pada paras rendah sebagai langkah keselamatan awal.

Jelasnya, pihaknya sentiasa menjalankan rondaan di lokasi yang dinaiki air bagi memastikan keadaan keselamatan harta benda penduduk terjamin.

“Setakat ini, belum ada apa-apa laporan berkait lemas kerana banjir mahupun kecurian dalam bencana ini,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Repek pada Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Nik Aminuddin memberitahu, setakat jam 12.56 tengah hari, seramai 1,626 mangsa melibatkan 504 keluarga daripada 10 kampung di kedua-dua daerah itu ditempatkan di enam PPS apabila kawasan mereka dinaiki banjir sedalam 0.2 meter (m) sehingga 0.8m.

“Kerja-kerja menyelamat mangsa banjir dilakukan dengan kekuatan 170 anggota pasukan keselamatan termasuk menggunakan lapan bot Polis Diraja Malaysia (PDRM).”

“Kampung-kampung terbabit ialah Kampung Banggol Kulim, Kampung Tersang, Kampung Pengkalan Jeroh, Kampung To’Deh, Kampung Bakong, Kubang Pak Hitam, Kampung Tebakang, Kampung Serongga, Kampung Gelang Mas dan Kampung Jambu.”

“Jalan di kampung-kampung tersebut juga ditutup kepada kenderaan ringan dan keadaan semasa cuaca semakin pulih dengan paras Sungai Golok menunjukkan penurunan kepada 9.53m berbanding 9.66m pada semalam.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: