Antarabangsa

Kemarau Teruk Somalia: Badan PBB Percepat Salur Dana

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SOMALIA, 13 Disember 2022 – Organisasi Makanan dan Agrikultur bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (AOC) telah menyatakan pada Khamis lalu bahawa badan tersebut telah mempercepatkan pemindahan dana bagi membantu Somalia.

Pemindahan dana tersebut adalah bertujuan bagi tindak balas terhadap bencana kemarau yang telah melanda kawasan-kawasan pedalaman Somalia.

Wakil FAO di Somalia, Etienne Peterschmitt menyatakan bahawa buat masa ini, pelan pencegahan kebuluran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya menyumbang sebanyak 26 peratus daripada keseluruhan keperluan. Peterschmitt berkata lagi,

“Pencegahan kebuluran mesti bermula di kawasan-kawasan pedalaman, di tempat yang berlakunya krisis di mana komuniti yang menghasilkan makanan sangat terkesan dengan kemarau.”

Menurut FAO juga, sekitar 6.7 juta warga Somalia tidak mendapat keperluan yang mencukupi, termasuklah lebih 300,000 warga negara tersebut yang telahpun mendepani masalah kebuluran.

Dikatakan bahawa separuh daripada mereka yang paling terkesan dengan kemarau adalah mereka yang terdiri daripada komuniti pedalaman, ramai di kalangan mereka itu sukar didekati oleh kelompok bantuan kemanusiaan kerana masalah keselamatan.

FAO telah melakukan beberapa kerjasama dengan para penderma dalam membantu ribuan keluarga yang terkesan dengan kaedah pemindahan wang tunai yang mensasarkan mereka yang paling teruk terkesan serta mereka yang berada di kawasan yang sukar dicapai di sekitar selatan Somalia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: