Tempatan

‘Clothing Bank for Disaster Relief’ Inisiatif Kerajaan Hadapi Bencana Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 19 Oktober 2022 – Sempena memasuki bulan Oktober, Projek Clothing Bank for Disaster Relief (CB4DR) telah dimulakan, demikian makluman Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi Twitter rasminya, hari ini.

Projek CB4DR merupakan salah satu daripada Program Sempena Bulan Kesiapsiagaan Negara dengan membuat pengumpulan pakaian bagi membantu mangsa-mangsa bencana.

Justeru, orang ramai boleh menderma pakaian dengan menghantar terus ke Agensi Pengurusan Bencana Banjir (NADMA) di alamat seperti tertera di info grafik di bawah.

Antara pakaian yang boleh didermakan adalah seperti t-shirt lelaki dan wanita, seluar panjang lelaki dan wanita, lampin pakai buang (diapers), tudung sarung, telekung, pakaian bayi dan kanak-kanak.

Pakaian tersebut haruslah sesuai untuk kegunaan harian, pakaian yang masih elok dan telah dicuci, pakaian yang tidak mengandungi ilustrasi atau teks yang menyentuh sensitiviti kaum, agama, politik atau berbaur lucah selain pakaian bersifat unisex amatlah digalakkan.

Untuk makluman, projek Clothing Bank for Disaster Relief Project (CB4DR) merupakan cetusan idea Tun Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali semasa lawatan Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia) ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 4 Mac 2019.

CB4DR melibatkan pengumpulan pakaian baharu atau terpakai, penyusunan dan pembungkusan pakaian secara sistematik serta penyimpanan dan agihan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: