Antarabangsa

Varian Baharu COVID-19: Jemaah Umrah Digalakkan Pakai Pelitup Muka Di Dua Masjid Suci

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 17 Ogos 2023 – Kerajaan Arab Saudi menasihatkan jemaah umrah supaya memakai pelitup muka ketika melawat dua masjid suci, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Ia berikutan laporan global tentang varian baharu COVID-19, EG. 5, yang dipercayai sudah mula merebak di seluruh dunia dan dikesan di 51 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, China, Korea Selatan dan Jepun.

BACA JUGA: Isu Kos Sara Hidup: Kementerian Beri Tambang Bas Percuma Di 3 Negeri

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Nafi Tuduhan Burukkan Usaha Pemutihan Sekolah Agama Persendirian

BACA JUGA: SOP Lombong REE Akan Diumumkan Segera – Sanusi

Menerusi akaun rasmi pihak berkuasa Saudi di platform X, mereka berkata, “Memakai pelitup muka di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta kawasan sekitarnya adalah pencegahan dan perlindungan daripada jangkitan penyakit untuk anda dan orang lain.”

Pada 9 Ogos lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesan strain baharu wabak COVID-19 apabila kes global mencecah hampir 1.5 juta dari 10 Julai hingga 6 Ogos, iaitu 80 peratus berbanding 28 hari sebelumnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: