Antarabangsa

Laungan Azan Cetus Kontroversi Di Indonesia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 02 Mac 2022 – Indonesia, sebuah negara majoriti Islam telah mencetuskan kontroversi setelah Kementerian Agama Republik Indonesia mengeluarkan garis panduan baharu bagi menangani aduan mengenai kelantangan pembesar suara masjid.

Pada 18 Februari lalu, Kementerian Agama Republik Indonesia mengeluarkan pekeliling bagi memperkenalkan beberapa garis panduan baharu mengenai pembesar suara masjid dan surau. Pekeliling itu digunapakai untuk lebih 600,000 masjid berdaftar di negara tersebut.

Ia menetapkan had kelantangan bunyi untuk pembesar suara di masjid dan surau iaitu pada kadar 100 desibel dan memerlukan kualiti bunyi yang baik dan tidak sumbang.

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Buang Islam Sebagai Agama Rasmi – Sarajun Hoda

Selain itu, penyampaian khutbah dan sebarang pengumuman dari pihak masjid hanya boleh dibuat melalui pembesar suara dalaman masjid serta jangka masa bacaan al-Quran sebelum azan Subuh juga dipendekkan dari 15 minit kepada 10 minit sahaja.

Menurut laporan media tempatan Indonesia, seorang penggubal undang-undang dari sebuah parti Islam pembangkang, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menyatakan kebimbangan beliau mengenai garis panduan tersebut.

“Pada saya, Kementerian Hal Ehwal Agama tidak perlu mengawal hal-hal yang sangat teknikal berhubung isu ibadah terutama penggunaan pembesar suara untuk azan, mengaji, atau lain-lain dalam masyarakat, kerana ini tidak sama di setiap kampung.”

Kebanyakan netizen di Indonesia juga masih berbelah-bahagi mengenai peraturan tersebut.

“Ok je untuk mengawal penggunaan pembesar suara luar untuk azan. Sejujurnya, ia mengganggu, kerana rumah saya bersebelahan dengan masjid dan setiap petang bunyinya tidak dapat ditahan.

Lebih-lebih lagi bila (orang) membaca al-Quran, rasa macam gempa bumi di kawasan kejiranan,” sindir seorang pengguna Twitter seperti yang dilapor FMT.

Walau bagaimanapun, seorang lagi pengguna Twitter berkata, dia merasakan Islam seolah-olah satu-satunya agama yang menjadi sasaran, dan semakin hampir berasa seperti tinggal di Perancis yang secara kontroversi telah mengharamkan pemakaian tudung Islam di ruang awam.

Walaupun Indonesia dikenali sebagai negara majoriti beragama Islam, agama-agama lain seperti Katolik, Hindu, Buddha, Konfusianisme dan Protestantisme masih diiktiraf sebagai agama rasmi di negara tersebut. Oleh hal yang demikian, kelantangan bunyi dari masjid dan surau sentiasa menjadi pertikaian masyarakat di sana.

Isu ini turut berlaku di Arab Saudi dimana kerajaan meletakkan had bunyi bagi sistem pembesar suara masjid. Beberapa negeri di Malaysia juga telah menetapkan had penggunaan pembesar suara masjid untuk azan dan iqamah sahaja seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: