Tempatan

Kos Haji Naik Lebih RM25,000 Untuk Seorang Jemaah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 April 2022 – Kos haji tahun ini dijangka meningkat kepada lebih RM25,000 seorang susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu oleh Arab Saudi.

Pengarah Eksekutif Haji, Tabung Haji (TH), Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, “Kos haji yang meningkat saban tahun disebabkan faktor inflasi di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan cukai baharu, penambahbaikan perkhidmatan serta pembangunan di Makkah dan Madinah.”

Ujarnya lagi, “TH menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan. Namun, setakat ini TH masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama.”

Tambah beliau, dalam tempoh 2001 sehingga 2019, bayaran haji telah meningkat 16% manakala kos haji pula telah melonjak sebanyak 139% disebabkan faktor luar kawalan TH.

“TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yang lalu walaupun kos untuk menunaikan haji telah meningkat setiap tahun. Rekod TH menunjukkan RM2 bilion telah diberikan kepada jemaah haji dalam bentuk bantuan kewangan haji sejak 2001.”

Kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah Muassasah pada tahun 2019 ialah RM22,900. Peningkatan 12 peratus ini mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai (Value Addex Tax) yang telah dinaikkan daripada 5 peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan. Ini tidak mengambilkira pelbagai peningkatan kos dengan SOP baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: