Antarabangsa

BRICS Bukan Anti Barat – Duta Afrika Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHANNESBURG, 17 OGOS 2023 – Wakil Afrika Selatan ke BRICS Anil Sooklal telah membuat kenyataan bagi menafikan dakwaan bahawa blok tersebut kini sedang bersaing dengan pakatan-pakatan Barat seperti G7.

Beliau turut menyifatkan bahawa tuduhan yang mendakwa bahawa BRICS sedang bersaing dengan pakatan-pakatan Barat itu sebagai sebuah “naratif yang tidak bernasib baik”.

Kenyataan Sooklal itu telah dibuat pada awal minggu ini sewaktu berlangsungnya majlis BRICS Inward Buying and Investment Business Forum di Johannesburg.

BACA JUGA: Isu Kos Sara Hidup: Kementerian Beri Tambang Bas Percuma Di 3 Negeri

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Nafi Tuduhan Burukkan Usaha Pemutihan Sekolah Agama Persendirian

BACA JUGA: SOP Lombong REE Akan Diumumkan Segera – Sanusi

Dalam kenyataan yang sama, Sooklal turut menegaskan bahawa label “anti-Barat” yang dikenakan terhadap BRICS itu adalah tidak benar.

Ujarnya, “Apa yang kami mahukan adalah untuk memajukan agenda Global South dan untuk membina arkitektur global yang bersifat lebih inklusif, adil, mesra perwakilan dan saksama”.

Forum yang diadakan di Johannesburg itu adalah permulaan bagi acara utama iaitu sidang kemuncak pemimpin-pemimpin utama BRICS yang juga akan berlangsung di lokasi yang sama.

Dalam pertemuan yang sama, Sooklal juga menyatakan bahawa mereka akan mengadakan perbincangan mengenai perlanjutan bagi penggunaan matawang-matawang tempatan dalam perdagangan di antara negara-negara ahli.

Ujarnya lagi, perbincangan tersebut akan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 40 orang pemimpin dan ketua-ketua kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: