Antarabangsa

Perniagaan Rusia – India Tidak Lagi Guna US Dollar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 27 Ogos 2022 – Purnima Anand, Presiden Forum Antarabangsa BRICS memaklumkan kepada para wartawan bahawa Rusia dan India tidak memerlukan dollar Amerika Syarikat dalam perniagaan mereka.

“Kami telah menggunakan jalan penyelesaian perniagaan bersama dengan menggunakan ruble dan rupee, dan negara-negara kami tidak perlu untuk menggunakan dollar bagi urusan bersama. Dan pada hari ini juga kaedah yang sama iaitu penyelesaian perniagaan bersama dengan menggunakan ruble dan yuan sedang dikembangkan di China”, ujar Anand.

“Ini bermaksud bahawa negara-negara BRICS sedang menyambut Rusia dengan menawarkan Rusia peluang bagi menangani masalah sekatan,” tambah Anand dalam wawancara tersebut.

Menurut Presiden BRICS itu, perniagaan di antara India dan Rusia telah berkembang lima kali ganda sejak dari 40 tahun lalu. Moscow membekalkan minyak kepada India dengan jumlah yang banyak dan sedang meningkat. Sebagai balasan, Moscow telah menerima produk tanaman, tekstil, ubat dan produk-produk lain dalam kuantiti yang besar.

Anand juga memaklumkan bahawa New Delhi menganggap diri mereka sebagai pihak yang neutral dalam perang sekatan di antara Barat dan Rusia pada masa kini, namun begitu, India tetap akan meneruskan kerjasama dengan Rusia “pada perkara yang dirasakan perlu”.

BRICS adalah sebuah forum sosio ekonomi dan politik yang terdiri daripada lima negara ahli iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: