Tempatan

Isu Pesta Songkran: Akui Kesilapan, Nama Program Ditukar Kepada Pesta Air

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAMPAR, 17 Ogos 2023 – “Kami ambil maklum segala teguran dan nasihat yang diberikan dan mengakui kesilapan kami di dalam penggunaan nama tersebut. Jadi untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan kami telah buat keputusan untuk menukar nama program dari Pesta Songkran kepada Pesta Air dan program masih berjalan seperti yg telah dirancang,” kata Shariff Ali bin Jabad Ali, Pengerusi bagi Persatuan Usahawan Pelancongan Sahom (UPS) dan Pengarah Urusan Sahom Valley Resort.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berhubung isu yang tular baru-baru ini berkenaan ‘Pesta Songkran’ yang menerima kecaman dari pelbagai pihak.

Menurut beliau, intipati program yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Ogos 2023 itu adalah melibatkan aktiviti perkelahan di tebing Sungai Lata Sahom, bermandi-manda, jualan pelbagai makanan serta aktiviti rekreasi.

BACA JUGA: Isu Kos Sara Hidup: Kementerian Beri Tambang Bas Percuma Di 3 Negeri

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Nafi Tuduhan Burukkan Usaha Pemutihan Sekolah Agama Persendirian

BACA JUGA: SOP Lombong REE Akan Diumumkan Segera – Sanusi

“Sebenarnya tidak bermaksudkan pihak persatuan untuk meniru 100 peratus aktiviti seperti di negara jiran kita tetapi hanya sekadar penggunaan nama sahaja agar acara ini nampak lebih menarik dan berbeza dengan nama Pesta Air yang telah kami adakan bulan lepas.”

“Tetapi malang sekali nama Pesta Songkran telah mendapat kecaman pelbagai pihak walaupun hasrat kami hanya guna pakai pada nama sahaja tetapi pengisian seperti Pesta Air yang kami laksanakan sebelum ini,” jelas beliau.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut berharap agar tiada lagi kecaman dari mana-mana pihak dan isu tersebut ditutup dengan sebaiknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: