Antarabangsa

Forum BRICS, Lebih 5000 Peserta Bakal Hadir – Moscow

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 12 Jun 2024 – Pihak berkuasa Rusia telah menyatakan bahawa para perwakilan daripada lebih 200 buah bandar di seluruh dunia telah dijemput untuk bersama menyertai BRICS International Municipal Forum pada Ogos ini yang bakal bertempat di Moscow.

Dikatakan lebih daripada 5,000 peserta daripada 126 buah negara dan 89 buah negara naungan Rusia bakal menyertai majlis yang akan berlangsung pada 27 hingga 28 Ogos ini.

Rusia yang merupakan penganjur acara tersebut pada tahun ini turut menyatakan bahawa majlis tersebut bakal menyaksikan sekitar 700 speaker dari pelbagai panel dan resepsi, sebagaimana yang dinyatakan menerusi sidang media pada petang Selasa lalu.

Sergey Cheremin, ketua jabatan perdagangan asing serta hubungan antarabangsa Moscow telah menyatakan bahawa mereka telah menghantar dokumen jemputan kepada lebih 200 bandar di Asia, Afrika, Timur Tengah serta Amerika Latin.

Menurut Cheremin, program tersebut akan turut melibatkan perbincangan tentang infrastruktur municipal, kemampanan kemajuan urban serta pengurusan sumber yang efektif.

Ujarnya lagi, perhatian khusus akan diberikan kepada perkara yang melibatkan pendidikan, kesihatan, kebudayaan, pelancongan serta sukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: