Arab Saudi & Turkiye Meterai Perjanjian Pertahanan, Tenaga Dan Komunikasi
ARAB SAUDI, 19 Julai 2023 – Turkiye dan Arab Saudi telah menandatangani beberapa perjanjian yang melibatkan pelaburan, industri pertahanan, tenaga serta komunikasi.
Perjanjian tersebut telah dimeterai sewaktu perjumpaan delegasi yang diketuai sendiri oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bersama dengan Putera Mahkota Saudi, Putera Mohammed bin Salman yang bertempat di Jeddah.
BACA JUGA: KKM Lakukan Siasatan Dakwaan Tangan Bayi Bengkak, Bernanah Selepas Terima Rawatan
BACA JUGA: Kolam Takungan Inisiatif Selangor Atasi Banjir Kilat
BACA JUGA: Kerajaan Iraq Musnahkan Menara Masjid Berusia 300 Tahun Demi Jalan
Sebelum berlangsungnya pertemuan di antara wakil dua negara tersebut, Erdogan sebelum itu telah menghadiri sebuah lagi mesyuarat tertutup dengan Putera Muhammad di Istana Kerajaan Al Salam.
Pemimpin Turkiye itu tiba di Arab Saudi pada Isnin lalu sebagai salah satu daripada lawatan tiga hari beliau ke Teluk dalam usaha memperkasakan hubungan di antara Turkiye dan beberapa negara di rantau tersebut.
Sewaktu ketibaan pemimpin Turkiye itu ke Arab Saudi, Menteri Luar Saudi, Faisal bin Farhan Al-Saud bersama dengan beberapa pegawai telah menyambut Erdogan di lapangan terbang di Jeddah.
Dalam sesi lawatan ke Arab Saudi juga, Erdogan telah menghadiahkan sebuah kereta elektrik keluaran Turkiye, Togg yang berwarna putih Pamukkale kepada Putera Mahkota Arab Saudi dan Putera Muhammad telah menghantar pulang Erdogan ke hotel dengan memandu kereta elektrik tersebut.
Erdogan dijadualkan akan melawat Qatar serta Emiriah Arab Bersatu setelah menyelesaikan keseluruhan acara beliau di Arab Saudi.