Tempatan

Agong Zahir Sukacita Dengan Kerjasama PETRONAS-ADNOC Buat Julung Kalinya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Disember 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sukacita dengan kerjasama yang telah berjaya dicapai buat julung kalinya antara PETRONAS dan ADNOC.

Menerusi kenyataan media Istana Negara, Pemeteraian Perjanjian antara PETRONAS Abu Dhabi Sdn. Bhd. dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) di Abu Dhabi itu juga secara langsung mengiktirafkan dan membuktikan sekali lagi keupayaan syarikat-syarikat Malaysia bersaing di peringkat global.

Seri Paduka Baginda juga menzahirkan bahawa kejayaaan kerjasama antara syarikat gergasi pengeluar minyak dan gas negara dan Abu Dhabi itu secara langsung mencerminkan hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia dan UAE di pelbagai peringkat, termasuk antara pemimpin-pemimpin kedua-dua negara dan hubungan sesama rakyat.

“Ini sejajar dengan keputusan kedua-dua negara sebelum ini bagi menaik taraf hubungan ke peringkat perkongsian strategik.”

Justeru, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar kerjasama itu akan membuka lembaran baharu kerjasama strategik dalam pelbagai sektor, termasuk sektor ekonomi antara kedua-dua negara demi kepentingan dan kemakmuran bersama.

Semalam, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menyaksikan Majlis Pemeteraian Perjanjian tersebut di Abu Dhabi, pada jam 6.00 petang yang turut dihadiri oleh Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Yang Mulia Sheikh Mohamed binZayed Al Nahyan, dengan diiringi Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, merangkap Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC.

Perjanjian yang bersejarah antara anak syarikat milik penuh PETRONAS dengan ADNOC itu melibatkan kerjasama meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 meliputi kawasan konsesi 2.000km persegi di wilayah Al Dhafra itu turut disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Datuk Tengku Muhammad Taufik serta barisan kepimpinan tertinggi PETRONAS dan ADNOC.

Menurut kenyataan dari Datuk Pengelola Bijaya Diraja Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin itu, keakraban Seri Paduka Baginda dengan Yang Mulia Sheikh Mohamed telah terjalin sejak kedua-dua pemimpin itu bertemu lebin 40 tahun yang lalu di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom. Kedua-dua pemimpin adalah rakan kolej di akademi tersebut pada tahun 1978 dan 1979 dan persahabatan mereka kekal hingga sekarang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: