Tempatan

Elemen Subversif Bebas Menghasut Gulingkan Raja-Raja Melayu Di Twitter

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 20 April 2021 – Laman Twitter ketika ini sedang dipenuhi dengan tanda pagar DengkiKe yang kemudiannya diambil kesempatan oleh golongan subversif untuk menghasut supaya sistem Monarki digulingkan.

#DengkiKe yang mula tular di Twiter pada tengah malam semalam dan masih berjalan sehingga kini bermula selepas seorang pengguna Twitter tidak berpuas hati dengan komen balasan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Instagram baginda.

Tanda pagar ini kemudiannya dilihat mula berubah menjadi elemen menghasut untuk menghapuskan sistem Raja-Raja Melayu.

@itzimi1 menulis,

“Abolish the Monarchy #DengkiKe

Menurut @un_zmi pula, mengapa rakyat perlu setia kepada Raja dan Negara sekiranya keluarga diraja tidak setia.

“Kesetiaan kepada raja dan negara? The royals ain’t loyal, so why should we?”

Dan @alad01_Tabaroni pula bersetuju dengan seruan menghapuskan keluarga diraja.

“Revolution? Abolish Royal family? Let’s gooooo!!! #DengkiKe”

Rujukan kami ke beberapa pakar undang-undang mencadangkan bahawa tindakan-tindakan seperti ini boleh dicaj di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 121 B.

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia di bawah Menteri YB Saifuddin Abdullah pula dilihat perlahan di dalam memantau serta memgambil tindakan ke atas elemen-elemen seperti ini di media sosial. Rungutan awam mendedahkan aduan yang dibuat kepada SKMM mengenai elemen-elemen anti raja seperti ini, mengambil masa sehingga dua bulan untuk mendapat respons balas dari pihak mereka.

Semakan samudera.my sehingga kini masih belum ada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berkenaan seruan menggulingkan Raja-Raja Melayu di twitter.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button