Antarabangsa

Pengawal Keselamatan Curi Botol Kosong Vaksin COVID-19, Jual Dalam Talian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SURREY, 20 Ogos 2022 – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara setahun dan digantung selama 18 bulan kerana mencuri botol vaksin COVID-19 kosong untuk dijual di eBay semasa bertugas di tiga tapak vaksinasi.

Bukan itu sahaja, Mahkamah Majistret Staines juga mengarahkannya untuk menyelesaikan 150 jam kerja tanpa gaji.

Tertuduh, Steven Flint, 34, melakukan kecurian itu pada kemuncak pelancaran vaksin nasional pada Januari dan Februari tahun lalu.

Menurut jurucakap polis Surrrey, Steven ditangkap di salah satu tapak vaksinasi pada Februari tahun lepas, setelah menyelesaikan 13 syif.

Siasatan mendapati Steven menggunakan butiran seorang kenalannya tanpa kebenaran untuk membuka akaun eBay baharu.

Apabila polis menggeledah rumahnya, mereka menemui botol vaksin kosong dan resit bungkusan untuk dihantar kepada pembeli.

Dalam pada itu, pengarah program vaksinasi Surrey Heartlands, Lorna Hart mengingatkan orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan penipuan sebegini.

“NHS tidak akan mengenakan sebarang bayaran untuk vaksinasi COVID-19 dan pesakit hanya boleh menerima vaksin daripada perkhidmatan vaksinasi NHS sahaja.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: