Antarabangsa

Vaksin Bayi 6 Bulan Siap, Pfizer & Biontech Mohon Kebenaran Guna Kecemasan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 02 Februari 2022 – Syarikat pengeluar vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech, menyatakan bahawa usaha mendapatkan kebenaran penggunaan vaksin kecemasan bagi kanak-kanak berusia bawah 5 tahun sedang giat dijalankan.

Dalam kenyataan pada Selasa baru-baru ini, syarikat terbabit telahpun memaklumkan bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) tentang permohonan tersebut, di mana sekiranya berjaya, ia akan menjadi vaksin pertama diluluskan untuk kanak-kanak seawal usia 6 bulan.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

FDA, pada awal pagi ini telah mengeluarkan kenyataan melalui laman Twitter mengenai hal ini, di mana perbincangan tentang permohonan Pfizer-BioNTech akan diadakan dalam masa dua minggu.

“Jawatankuasa, pada 15 Februari akan membincangkan tentang permohonan Pfizer-BioNTech untuk menggunakan vaksin terhadap kanak-kanak dari umur enam bulan hingga ke empat tahun,” kata FDA dalam hantaran tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla, dalam mengulas hal ini menyatakan bahawa dua dos suntikan adalah perlu untuk kanak-kanak dan beliau tidak menafikan sebarang kemungkinan untuk dos ketiga.

“Jika dua dos dibenarkan, ibu bapa akan berpeluang memulakan siri vaksinasi COVID-19 untuk anak-anak mereka sementara menunggu kemungkinan kebenaran dos ketiga,” ujar beliau seperti yang dilaporkan portal The Malaysian Insight.

Malaysia pula dijangka akan memulakan program vaksinasi terhadap kanak-kanak berumur 5 ke 12 tahun mulai esok, di mana pendaftaran slot vaksinasi telahpun dibuka melalui aplikasi MySejahtera sejak 31 Januari lepas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: