Tempatan

Indeks Jenayah Sabah Keempat Tertinggi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 20 Ogos 2022 – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menduduki tempat keempat tertinggi bagi kadar indeks jenayah seluruh negara yang merekodkan 2,429 kes jenayah, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah.

Katanya, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 22.06 peratus atau 439 kes berbanding tahun lalu yang hanya mencatatkan 1,990 kes.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,153 kes dicatatkan untuk jenayah harta benda manakala 16 kes dicatatkan bagi jenayah kekerasan bahkan kedua-dua kes jenayah itu juga mengalami peningkatan.

Walau bagaimanapun, Sabah berada pada kedudukan yang agak baik dari segi penyelesaian kes di mana sebanyak 72.3 peratus kes jenayah dapat diselesaikan sekali gus menempatkan Sabah di kedudukan keempat dari keseluruhan 14 kontinjen, katanya ketika program santai sepetang PDRM Sabah kelmarin.

Jelasnya, usaha tersebut tidak dapat dicapai tanpa kerjasama daripada masyarakat setempat malahan pihak PDRM mengalu-alukan warga masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat serta aktiviti yang meragukan demi keaman negeri Sabah.

Justeru, beliau mengatakan bahawa PDRM Sabah akan kekal berusaha serta memberi komitmen yang tinggi supaya kadar jenayah dapat diturunkan supaya masyarakat negeri Sabah berasa selamat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: