Tempatan

Februari Dos Ketiga, Kemudian Dos Keempat, Kemudian Bayi Pula Nak Divaksin!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 04 Januari 2022 – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna-Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dato’ Nadzim Johan melahirkan kerisauannya dengan cadangan kerajaan untuk melaksanakan suntikan vaksin Covid-19 kepada bayi dan juga dos keempat kepada penerima vaksin Covid-19.

“Ini before February kena ada third dose, lepas tu dah discuss pasal fourth dose, lepas tu saya dengar pulak, budak-budak sampai baby pun nak kena inject. Kita risau la. Bukan apa, kalau inject benda tu jadi baik, kalau inject sekali jadi Superman lepas tu inject lain jadi Ultraman, saya pun nak banyak jugak.”

Menurutnya, arahan kerajaan ini perlu dipandang serius kerana sudah ramai bertanyakan kepada PPIM mengenai perkara ini. Jika dahulu ramai yang marahkan NGO itu kerana mempersoalkan mengenai suntikan vaksin Covid-19, kini, yang sebaliknya pula berlaku.

“Jadi kita rasa perkara ini perlu dipandang secara amat serius. Saya rasa benda ni kalau dulu, pada permulaan, orang marah juga kepada kita, tapi sekarang ni dah banyak sangat orang bertanya; ini apa nak jadi ni.”

“Pasal kadang-kadang yang provaksin tu pun ada yang anak meninggal di masa yang sama dua orang pulak tu. Jadi, kita tak ada jawapan,” tambah beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Toqqi.

Bukan itu sahaja, menjawab persoalan berkaitan banduan di penjara, PPIM mendapat maklumat bahawa pekerja-pekerja yang berada di luar penjara, yang diwajibkan sentiasa berada dalam keadaan sihat 100 peratus juga perlu mendapatkan suntikan.

“Takkan kita pun nak kena macam itu. Kita pun dipaksa. Just imagine, dipaksa. Mula dulu, dua. Dipaksa. Dua sahaja cukup. Lepas tu, tiga. Ni dah masuk tiga, lepas tu batal yang lain. Ini macam cerita kartun sikit. Yang kita tengok ini, macam Raja Lawak pun boleh masuk.”

Beliau seterusnya membangkitkan persoalan, siapa yang akan mendapat manfaat daripada arahan ini.

“Jadi kita bertanya jugak kenapa, siapa yang dapat benefit dan apa yang kita nak buat kita sebagai rakyat ni esok, kalau dah semua, dulu saya ada cakap, saya ada sebut, ini orang boleh trace kita. Kita tak nak jadi hamba,” kata Toqqi dengan tegas.

Toqqi kemudiannya sekali lagi menegaskan bahawa sebagai seorang yang prosafe, beliau mahu kaedah vaksinasi yang selamat, bukan yang membahayakan penerima.

Banyak sangat aduan yang kita terima berkaitan dengan effect of vaccination. Yang dua dos tu pun dah macam-macam effect. Jadi kita ni sebenarnya bukanlah anti vaksin. Kita ni sebenarnya prosafe. Kita mencari kaedah di mana kita hendak vaksinasi yang tidak bahaya.”

Kenyataan ini dikeluarkan dalam sidang media atas talian hari ini bertajuk “Sidang Media PPIM – Banduan Maut Dicucuk Vaks1n”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: