Vaksin Pfizer Bakal Diberikan Kepada Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun?
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT (AS), 13 Jun 2022 – Jabatan kawalan pemakanan Amerika Syarikat (AS), Food and Drug Administration (FDA) baru-baru ini telah memutuskan bahawa vaksin jenis Pfizer kini boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Menurut PBS, keputusan tersebut bakal menentukan sama ada 18 juta bayi awal usia di Amerika Syarikat boleh diberikan vaksin tersebut ataupun tidak.
Berita ini mendapat sambutan yang pelbagai dalam kalangan pengguna media sosial, seorang pengguna menyatakan keengganannya untuk memvaksinasi kanak-kanak di awal usia.
“Saya tak akan memvaksin kanak-kanak seusia 2 tahun dengan (vaksin) COVID, maaf,” ujar beliau.
Seorang pengguna lain pula memuji sambil berseloroh berkenaan keputusan tersebut dengan menyatakan:
“Keputusan yang bagus, tuan. Di India, kami tak ada vaksin hatta bagi 12 tahun ke bawah, kerana mereka tidak memerlukannya. Semua orang dalam keadaan yang sihat,” ujar pengguna tersebut.
Terdahulu, FDA turut mengumumkan pada minggu lalu bahawa vaksin jenis Moderna adalah selamat untuk bayi awal usia, di mana keputusan tersebut dikeluarkan melalui dokumen persiapan mesyuarat