Antarabangsa

Jemaah Haji Pulang Dari Arab Saudi Diarah Ambil Suntikan Vaksin Booster

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 19 Julai 2022 – Semua jemaah haji yang baru sahaja tiba dari Arab Saudi telah diarahkan untuk mengambil dos ketiga vaksin atau suntikan vaksin booster, demikian arahan yang dikeluarkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Arahan tersebut disampaikan dalam satu mesyuarat yang diadakan di pejabat Presiden tersebut pada Isnin, 18 Julai 2022.

Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin yang memaklumkan mengenai perkara tersebut juga berkata, Joko Widodo turut mengarahkan agar pemberian vaksin booster dipercepatkan kerana pada masa ini peratusan vaksin booster di Indonesia masih berada pada tahap yang rendah.

Berdasarkan data, sehingga hari ini, hanya 53,062,295 orang telah menerima dos ketiga vaksin Covid-19. Ini bermakna hanya 25.48 peratus daripada sasaran negara tersebut iaitu 208,265,720 penduduk Indonesia yang telah mengambil vaksin tambahan Covid-19.

Tambah Budi Gunadi Sadikin, beberapa arahan baharu dari kerajaan Indonesia melibatkan aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan vaksin booster juga akan dikeluarkan sebagai langkah mengekang wabak Covid-19 dan melindungi masyarakat di Indonesia.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, sebelum ini telah menyeru pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia agar melaksanakan semula sekatan kesihatan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan pengudaraan yang baik dalam usaha menyampaikan pesanan risiko COVID-19 kepada orang awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: