Antarabangsa

Meta Buang Akaun Kumpulan Antivaksin Di Facebook Dan Instagram

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

San Francisco, 20 Ogos 2022 – Pemilik Facebook, Meta membuang akaun sebuah kumpulan antivaksin paling berpengaruh di Amerika Syarikat (AS) dari rangkaian media sosial atas dakwaan menyebarkan maklumat salah mengenai COVID-19.

 

Kumpulan yang dimaksudkan adalah Pertahanan Kesihatan Kanak-Kanak (CHD), yang selama ini banyak mengkritik vaksin COVID-19 dan menuduh Meta menyekat hak kebebasan bersuara.

Menurut Jurucakap Meta, Aaron Simpson, akaun Facebook dan Instagram kumpulan itu ditutup pada Rabu lalu setelah CHD dikesan berulang kali melanggar peraturan berhubung penyebaran maklumat salah yang ditetapkan Meta.

Susulan tindakan itu, pengasas CHD, Robert Kennedy Jr, anak saudara kepada mendiang Presiden John F. Kennedy menuduh Meta menyekat hak kebebasan bersuara tanpa asas atau bukti kukuh.

“Tindakan Facebook menunjukkan usaha untuk menutup semua kritikan terhadap dasar kerajaan yang zalim,” katanya dalam satu kenyataan.

CHD menegaskan tindakan Meta boleh dibawa tuntutan mahkamah atas tuduhan melanggar hak kebebasan bersuara dengan bergantung kepada Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS berhubung maklumat COVID-19 yang disokong secara saintifik.

Menurut fail perundangan, kumpulan antivaksin itu merayu keputusan mahkamah rendah terhadap tuntutan terbabit dalam perbicaraan pendakwaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: