Antarabangsa

Maut Selepas Suntikan Vaksin COVID-19, Keluarga Mangsa Terima Pampasan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 17 April 2023 – Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura memaklumkan, pampasan bernilai AS$169,122 (RM747,434.68) telah diberikan kepada keluarga seorang wanita warga Filipina yang meninggal dunia empat hari selepas menerima suntikan penggalak vaksin COVID-19.

Lapor berita, Ontal Charlene Vargas, 43, meninggal dunia pada 13 Disember 2021 dan punca kematiannya adalah miokarditis atau keradangan jantung, mahkamah koroner diberitahu pada Jumaat.

BACA JUGA: 2 Kawasan Terus Catat IPU Tidak Sihat

BACA JUGA: Dalam Sebulan, Kes Jangkitan COVID-19 Meningkat 481% Di Asia Tenggara – WHO

BACA JUGA: Malaysia Rekod Hampir 1 Juta Penagih Dadah – MASAC

Koroner negeri, Adam Nakhoda mendapati bahawa berdasarkan imbangan kebarangkalian, ia berkemungkinan berkaitan dengan vaksinasi COVID-19.

Menurut MOH, itu adalah kematian kedua berkaitan vaksinasi COVID-19 di Singapura.

Pampasan sebanyak AS$169,122 itu diberi di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP).

VIFAP menyediakan ‘bantuan kewangan muhibah sekali’ kepada penerima vaksin COVID-19 di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan, selaras dengan saranan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19, dan yang mengalami kesan sampingan serius dinilai berkaitan dengan vaksin yang diberikan di Singapura.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: