Tempatan

Tiada Keperluan Sekatan Air Ketika Cuaca Panas-Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Jun 2023 – Kerajaan mendapati tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air ketika ini, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi dalam Dewan Rakyat berkata, kerajaan hanya akan mengetatkan kawalan ke atas penggunaan air tidak penting sekiranya wujud keperluan kritikal.

“Kementerian hanya akan melaksanakan tindakan kawalan yang lebih ketat apabila keperluan kritikal iaitu sekatan ke atas penggunaan air tidak penting bagi kategori-kategori tertentu di bawah Seksyen 56 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) serta melaksanakan Bekalan Air Berjadual (BAB).”

BACA JUGA: Sindiket Palsukan Sijil Beranak, Doktor & Pegawai Kerajaan Antara 12 Diberkas SPRM

BACA JUGA: Jenaka Hina Malaysia & MH370: NGO Gesa Halang Pelawak Masuk Malaysia Seumur Hidup

BACA JUGA: Menteri Kecam Tindakan Jocelyn Chia, Pelawak Hina Malaysia & MH370

Dalam pada itu Nik Nazmi memaklumkan kerajaan mengaktifkan pelan tindakan dan mitigasi bagi berdepan cuaca panas dan kering ekstrem.

“Ia termasuk membangunkan pelan kesiapsiagaan dan mitigasi bagi memastikan pihak operator bekalan air melaksanakan obligasi mereka dalam membekalkan air terawat yang berterusan kepada pengguna.”

Katanya, sebagai tindakan utama di bawah pelan kesiapsiagaan dan mitigasi tersebut, kesemua operator air di bawah seliaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengaktifkan bilik gerakan atau war room secara bersama dan dioperasikan serentak bermula 1 Jun lalu.

“Susulan pengaktifan war room ini, rakyat boleh mendapat akses kepada maklumat terkini paras air di semua loji dan empangan di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan dalam laman web war room yang telah disediakan,” katanya.

Sementara itu katanya, setakat ini Kedah dan Kelantan terdedah kepada risiko gangguan bekalan air kerana tidak mempunyai rizab bekalan air terawat.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca kering bermula bulan ini sehingga September depan berikutan musim Monsun Barat Daya (MBD) yang sedang berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: