Sokong Eksport RE Ke Negara Jiran, Malaysia Bakal Perkenal Pertukaran Tenaga
KUALA LUMPUR, 21 Julai 2023 – Malaysia akan melancarkan Pertukaran Tenaga bagi menyokong eksport tenaga boleh baharu (RE) ke negara jiran, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurutnya, Suruhanjaya Tenaga sedang merangka butiran untuk memudahkan pertukaran yang bakal diumumkan tahun ini.
BACA JUGA: Kementerian Sedang Teliti Cadangan Pelaksanaan Cukai Karbon
BACA JUGA: Kerajaan Pahang Berjaya Tangkap 6 Individu Terlibat Perlombongan Mineral Haram
BACA JUGA: Muat Naik Rakaman Dari Luar Negara, JAINJ Sukar Tangkap Pengikut Si Hulk
“Suruhanjaya Tenaga sedang menyediakan kertas kerja mengenai Pertukaran Tenaga ini untuk kita luluskan di peringkat Kerajaan.”
“Kami akan melihat beberapa model yang ada dan antara matlamatnya ialah memastikan terdapat RE yang mencukupi untuk dibekalkan dalam negara sebelum dieksport ke luar negara.”
“Kita akan pastikan dapat nilai yang terbaik untuk jualan di luar negara seterusnya membolehkan nilai tersebut dilaburkan semula untuk merancakkan sektor RE di Malaysia,” ujarnya dalam Perbincangan Meja Bulat ‘Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional: Menavigasi Peralihan Tenaga – Apa Seterusnya Untuk Malaysia’ anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF), pada Khamis.
Tambahnya lagi, bagi menyokong peralihan tenaga di negara ini, Malaysia boleh melihat sumber penjanaan lain seperti hidro skala mini.
“Kita tidak sepatutnya melihat kepada projek hidro berskala besar sahaja. Hidro berskala besar agak bermasalah untuk kita lakukan kerana terlalu banyak pertukaran.”
“Malaysia juga perlu melihat penstoran bateri yang memainkan peranan penting pada masa akan datang dan menjadikan harga RE lebih murah,” katanya.