Tempatan

Tuntut Ganti Rugi Jika Terlibat Kemalangan Akibat Jalan Rosak – Timbalan Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2023 – Pengguna boleh menuntut ganti rugi dan memfailkan saman terhadap agensi Kerajaan sekiranya berlaku kemalangan disebabkan keadaan jalan Persekutuan yang rosak atau berlubang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan diberikan kepada syarikat konsesi untuk dilaksanakan mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak.

BACA JUGA: Air Kumbahan Bakal Ditebus Guna Untuk Kilang Pulau Pinang

BACA JUGA: Anggota Kesihatan Dilarang Tolak Pesakit – Menteri Kesihatan

BACA JUGA: Sejak DAP Berkuasa, Pulau Pinang Amal Dasar Perkhidmatan Awam ‘Merit’

“Dengan ini pengguna yang terlibat (dalam kemalangan) boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi serta memfailkan saman di mahkamah terhadap syarikat konsesi atau kerajaan Malaysia,” katanya di Kamar Khas Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.

Katanya, syarikat konsesi mempunyai obligasi untuk menanggung kerugian untuk apa-apa tuntutan termasuk kemalangan akibat kerosakan jalan raya di bawah perjanjian konsesi yang berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada soalan V Ganabatirau (PH-Klang) sama ada pengguna yang terlibat dalam kemalangan disebabkan kerosakan jalan raya boleh membuat tuntutan kepada Kerajaan.

Namun, beliau menjelaskan, beban pembuktian adalah terletak kepada pengguna dengan membuktikan kemalangan tersebut adalah berpunca daripada masalah kerosakan jalan raya dan bukannya akibat kecuaian pemanduan mangsa atau pengguna jalan raya yang lain.

“Untuk apa-apa tuntutan akibat daripada kemalangan seperti kerosakan atau kecederaan yang dialami pengguna disebabkan kerja-kerja konsesi tersebut, pengguna perlu mengemukakan bukti bahawa kemalangan itu adalah berpunca daripada masalah kerosakan,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: