Menteri Kecam Tindakan Jocelyn Chia, Pelawak Hina Malaysia & MH370
PUTRAJAYA, 08 Jun 2023 – Menteri Luar Negeri, Dr. Zambry Abd Kadir mengecam tindakan wanita bernama Jocelyn Chia yang jelas memperlekeh Malaysia dan mempersenda tragedi MH370.
Menerusi satu kenyataan, beliau meluahkan kekesalannya terhadap rakaman video wanita itu yang langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia dan keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi MH370.
Tegasnya, “Video ini juga jelas menggambarkan perilaku yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran negara Asia yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusila.”
BACA JUGA: Isu Nama Suci Allah: Sultan Titah Ke MKI Sebelum Dipersembahkan Kepada Majlis Raja-Raja
BACA JUGA: MM2H Diperketatkan Atas Isu Keselamatan, Bawa Pulangan RM1 Billion Tahun Lepas
BACA JUGA: Demam Malaria Monyet, Tiada Bukti Mampu Jangkiti Manusia
Beliau juga percaya ia bukanlah pendirian atau tindakan yang diterima oleh mana-mana negara apatah lagi menggambarkan pendirian rasmi mana-mana kerajaan.
Justeru itu, Dr. Zambry berharap agar sebarang bentuk tindakan atau cubaan sedemikian dapat dihentikan bagi memastikan rasa hormat pada mana-mana negara terus terpelihara.
Terbaru, media melaporkan, wanita bernama Jocelyn Chia itu tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura dan tindakannya itu juga tidak menggambarkan pandangan Kerajaan negara tersebut.