Kerajaan Sasar Tiada Penggunaan Beg Plastik Seluruh Negara Menjelang 2025
KLANG, 10 Mei 2023 – Kerajaan menyasarkan sifar penggunaan beg plastik di premis seluruh negara menjelang tahun 2025.
Setakat ini, langkah berkenaan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan premis tetap hingga ke premis perniagaan termasuk warung dan gerai-gerai tepi jalan, ujar Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurutnya, pihak Kementerian memberi ruang kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan langkah tersebut, termasuk kadar caj yang dikenakan serta kekerapan serahan kutipan beg plastik.
BACA JUGA: Bilangan Hari Tanpa Hujan Lebih Banyak Bermula Minggu Depan
BACA JUGA: Kencing Di Tempat Wuduk Kompleks Imigresen, Lelaki Warga Singapura Ditahan
BACA JUGA: Penutupan Kelas Kesusteraan Melayu Satu Fenomena ‘Tidak Sihat’ –Presiden BUDIMAN
“Pendekatan kita bukan hanya denda jika peniaga masih membekalkan beg plastik pada 2025, sebaliknya ada insentif dalam menggalakkan peralihan berkenaan,” katanya selepas melancarkan beg kitar semula Madani dan kempen tanpa beg plastik di Klang semalam.
Jelas beliau, kempen itu adalah rancangan jangka panjang Kerajaan dalam mengatasi isu pencemaran sisa plastik sekali guna di negara ini. Antara negeri yang kehadapan dalam pelaksanaan kempen tersebut adalah Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi turut mendedahkan bahawa Malaysia berada di antara 10 negara dunia yang berdepan masalah sampah plastik tidak terurus.
“Berdasarkan laporan Tabung Alam Sedunia (WWF), penggunaan bungkusan plastik makanan sahaja di Malaysia dianggarkan mencecah 148,000 metrik tan pada 2020. Ini bukan satu rekod yang harus dibanggakan,” katanya.