Antarabangsa

Polis UK Terpalit Skandal Kes Rogol, Rasisme

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

UNITED KINGDOM, 2 Februari 2023 – Kes rogol dan bunuh seorang wanita yang dilakukan oleh anggota polis Metropolitan, Wayne Couzens masih menjadi igauan dan ingatan bagi setiap warga negara United Kingdom (UK).

Kes-kes sebegini yang melibatkan anggota polis telah dikatakan sebagai “segelintir kecil” oleh komisioner polis pada ketika itu, Cressida Dick dan beliau turut berjanji akan menyelesaikan masalah ini.

Namun beliau seterusnya telah dipaksa untuk meletakkan jawatan dan meninggalkan pasukan tersebut yang pada waktu itu dibebani dengan pelbagai krisis.

Manakala skandal yang terbaharu yang melibatkan polis Metropolitan adalah seorang lagi anggotanya David Carrick yang mana beliau berada di unit yang sama dengan Wayne Couzens, telah mengaku bersalah atas puluhan tuduhan yang dihadapkan kepada beliau.

Couzens telah mengaku salah atas pelbagai kesalahan termasuklah jenayah rogol yang melibatkan seramai 12 orang wanita dalam tempoh hampir 20 tahun.

Kes terbaharu ini turut mendapat perhatian ramai, dan komisioner baharu, Mark Rowley telah membuat permohonan maaf bagi pihak pasukan polis tersebut dan berjanji akan melakukan “pembersihan”.

Pasukan tersebut kini telah diletakkan di bawah “langkah-langkah khas” pada tahun lalu berikutan beberapa pendedahan yang berkaitan buli, diskriminasi perkauman serta ‘misogyny’ yang berlaku dalam kalangan anggota dan juga di luar pasukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: