Isteri Bantu Rakam Aksi Suami Rogol Anak Jiran Sejak Tahun Lepas
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
RIAU, 23 Julai 2022 – Seorang isteri di Pekanbaru, Indonesia, tergamak membantu suaminya merogol anak jiran mereka di bawah umur dengan cara merakam perbuatan suaminya itu sejak November tahun lepas.
Bukan sahaja merakam perbuatan rogol tersebut, wanita itu juga bertanggungjawab membantu suaminya memujuk mangsa untuk melakukan adegan seks, lapor Utusan.
Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Pekanbaru, Andrie Setiawan memaklumkan, perbuatan terkutuk itu berlaku di sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Abadi, Kecamatan Rumbai, Pekanbaru.
“Kes mula terbongkar selepas ahli keluarga mangsa lain mendedahkan terlihat gambar mangsa tanpa berpakaian tersebar dalam kumpulan WhatsApp.”
“Mangsa mengaku foto itu adalah dirinya yang diambil ketika dirogol jirannya sejak November tahun lalu.”
Pada hari kejadian, wanita tersebut membawa mangsa ke sebuah rumah kosong di mana suspek terlebih dahulu sudah menunggu di sana.
Isteri suspek kemudiannya merakam aksi pemerkosaan itu menggunakan sebuah telefon pintar. Malah, wanita itu juga mengancam untuk menyebarkan video tersebut sekiranya mangsa tidak mahu lagi melayani kehendak suaminya.
Mangsa akhirnya menceritakan insiden tersebut kepada ahli keluarganya dan membuat laporan polis selepas kejadian terkutuk ini terbongkar.
Pelaku dan isterinya berjaya diberkas ketika cuba melarikan diri. Mereka juga berdepan hukuman 15 tahun penjara.