Hari Arak Bali, Gabenor Titip Pesan Jangan Mabuk, Jaga Kesihatan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
NUSA DUA, BALI, 02 Februari 2023 – Masyarakat Bali digesa untuk tidak menggunakan arak bagi tujuan memabukkan dan merosakkan kesihatan susulan Hari Arak Bali yang diadakan baru-baru ini.
Pada 29 Januari lalu, Hari Arak Bali diraikan buat kali pertama di Nusa Dua yang mempromosikan minuman keras tradisional hasil daripada penyulingan getah atau buah pokok palma.
Sewaktu pengumuman bahawa Hari Arak Bali ini akan diadakan, Gabenor Bali I, Wayan Koster sebelum ini telah pun menitipkan pesan kepada masyarakat untuk menggunakan arak hanya untuk tujuan yang wajar seperti ritual tradisional, kesihatan dan kegunaan di dalam masakan dan bukan untuk tujuan memabukkan.
BACA JUGA: Pakar HDB Singapura: “Bahaya Dari Segi Pertahanan Dan Keselamatan”-Prof Ridhuan Tee
BACA JUGA: Menu Rahmah: Rakyat Masih Harapkan Penurunan Harga Barang
BACA JUGA: Kewarganegaraan Automatik Jika Bertutur Dalam BM
Menurutnya, penyediaan arak yang tidak betul menjadi penyebab kepada insiden mabuk di tempat awam, keracunan alkohol dan juga kematian malah menekankan bahawa arak adalah selamat digunakan selagi ia diambil dengan cara yang betul.
Seorang petani dari perkampungan Tri Eka Bhuana di Karangasem, Bali, I Ketut Sumerta turut menyambut baik usaha daripada pentadbiran wilayah itu untuk memajukan industri arak.
Pada tahun 2020 terdahulu, Bali telah pun meluluskan peraturan tempatan dalam menyediakan rangka kerja untuk proses penyulingan dan pengedaran arak, sekali gus menjadikan pembuat arak serta petani bebas untuk memasarkan produk minuman keras itu secara besar-besaran.
Bagaimanapun, sebuah organisasi sosial untuk menjaga alam, adat, budaya dan tradisi Bali, Paiketan Krama Bali menyatakan bantahan keras terhadap penetapan Hari Arak Bali itu kerana ia disifatkan sebagai sesuatu yang berlebihan dan akan menimbulkan imej yang kurang baik kepada Bali, berdasarkan kepada satu surat terbuka kepada Gabenor Bali bertarikh 23 Januari lalu.
Malah, organisasi itu turut menegaskan bahawa penganjuran hari itu juga boleh disalahertikan sebagai ‘hari mabuk’.