Tempatan

Darjah Kenamaan Bukan Penentu Kejayaan Seseorang, Datuk Seri Mohamad Sabu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 02 Februari 2023 – Darjah Kenamaan bukanlah penentu kejayaan mahupun kegagalan seseorang, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sebaliknya, kata beliau, imej seseorang ditentukan oleh usaha murni daripada individu tersebut.

BACA JUGA: Hari Arak Bali, Gabenor Titip Pesan Jangan Mabuk, Jaga Kesihatan

BACA JUGA: Turkiye Larang Sertai NATO Jika Sweden Terus Hina Quran

BACA JUGA: Pakar HDB Singapura: “Bahaya Dari Segi Pertahanan Dan Keselamatan”-Prof Ridhuan Tee

“Seorang kawan pernah memberitahu saya bahawa orang Melayu menghormati mereka yang yang mempunyai gelaran kehormat,”

“Jawapan saya ialah dalam politik dan pilihan raya, ada yang bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan juga Datuk, yang dikalahkan oleh individu biasa.”

“Justeru, isu gelaran tidak bermakna seseorang itu mulia atau tidak,” jelas beliau.

Menurut beliau, seorang pemimpin haruslah bekerja keras dan berazam untuk menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai isu.

“Tegakkan keadilan, lawan segala bentuk penindasan, serta tunjukkan akhlak mulia yang dipandang umum sebagai seorang yang berbakti kepada masyarakat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa gelaran yang diberikan oleh Raja-Raja Melayu serta Gabenor Negeri merupakan sebuah tanda penghormatan yang dikurniakan kepada seseorang individu.

Semalam, beliau yang juga presiden parti Amanah telah dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran “Datuk Seri” pada Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.

Memetik kepada sebuah berita, seramai 164 individu telah diberi penghormatan pada 1 Februari semalam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: