Antarabangsa

Perisikan Kanada Bantu DAESH Rekruit Warga UK?!

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 04 September 2022 – Terdapat beberapa laporan media yang menyatakan bahawa beberapa individu dari United Kingdom (UK) yang pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh, sebenarnya telah dibantu oleh seorang lelaki yang bekerja untuk perisikan Kanada.

Penyiar Turki, A Haber telah mengesahkan dakwaan ini pada tahun 2015 lagi, manakala Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu pula telah mengatakan bahawa lelaki yang terlibat membantu warga UK ke Syria tersebut adalah sebenarnya bekerja untuk perkhidmatan perisikan sebuah negara yang “menyertai gabungan antarabangsa dalam melawan Daesh”.

Shamima Begum, salah seorang individu dari UK yang terbang ke Syria untuk menyertai Daesh, muncul beberapa tahun kemudian sebagai seorang tahanan di sebuah kem tahanan di timur laut Syria, yang mana kem tersebut digunakan khas bagi menahan ahli Daesh.

Manakala nasib dua lagi perempuan yang bersama Begum ketika ke Syria tidak diketahui, namun seorang daripada mereka dipercayai telah dibunuh dalam serangan udara pada tahun 2016.

Pada Rabu lalu, BBC telah menerbitkan satu laporan yang menunjukkan bahawa seorang “agen perisikan” Kanada yang telah menyeludup masuk Begum ke Syria, telah berkongsi butiran terperinci mengenai pasport Begum kepada Kanada.

Laporan yang sama juga menunjukkan bahawa lelaki tersebut turut menyeludup beberapa warga British yang lain ke Syria untuk menyertai Daesh.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mohammed al-Rasheed, telah ditahan di Turki pada 2015.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau memberi maklum balas kepada wartawan pada Rabu lalu bahawa perkhidmatan perisikan negara tersebut adalah “tertakluk kepada peraturan yang sangat ketat” dan mereka “menjangkakan bahawa peraturan tersebut adalah dipatuhi”.

Trudeau juga menyatakan bahawa pentadbiran beliau akan “mengambil beberapa langkah jika diperlukan”, merujuk kepada dakwaan laporan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: