Tempatan

KP Polis Sahkan Pegawai Polis Ditahan Atas Tuduhan Rogol Mangsa Rogol

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 03 Januari 2023- Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan dan penahanan pegawai polis yang didakwa merogol seorang mangsa rogol berusia 16 tahun baru-baru ini.

Menurut media tempatan, laporan polis berkenaan dibuat remaja terbabit Sabtu lalu dan dia mendakwa dirogol inspektor itu ketika berada dalam bilik pejabat pegawai terbabit di sebuah Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira jam 6.30 petang.

Sumber berkata, mangsa pada mulanya dipanggil inspektor berusia 30-an itu ke IPD untuk membantu siasatan berhubung satu kes rogol membabitkan remaja terbabit yang dikatakan dilakukan bapa tiri terhadap dirinya.

“Ketika berada dalam bilik, inspektor berkenaan yang juga pegawai penyiasat kes membabitkan remaja perempuan itu memberitahu dia mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa.”

“Mangsa ketika itu sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan kemudian memintanya supaya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan terhadapnya,” katanya.

Tambah sumber, pegawai polis itu kemudiannya memegang kemaluan mangsa dan diminta supaya baring atas katil yang ada dalam bilik berkenaan dalam keadaan bogel.

Ujarnya, pegawai polis berkenaan memberi alasan alat yang digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa gagal berfungsi dengan baik.

Gagal mengawal nafsu, pegawai berkenaan merogol remaja terbabit.

“Walaupun takut namun mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan tubuhnya dinoda inspektor berkenaan,” kata sumber.

Susulan daripada itu, mangsa yang sudah tidak bersekolah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas tiga hari ia berlaku dan dia juga dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan.

“Remaja perempuan itu juga sudah dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal.”

Menurut media tempatan lagi, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani mengesahkan laporan berkenaan namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: