Antarabangsa

Agamawan Yahudi Rogol Pengantin Di Hari Persandingan Ditahan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 29 April 2022 – Pihak berkuasa Israel telah menahan seorang rabai (agamawan Yahudi) yang berusia dalam lingkungan 50-an kerana disyaki terlibat merogol ramai jemaah wanita.

Rabai itu didakwa telah merogol ramai jemaah wanita dalam beberapa tahun ini dengan alasan perbuatan memuaskan tuntutan seksualnya itu dikira sebagai ibadah mangsa.

Pihak polis juga berkata, beliau juga telah merogol seorang wanita di hari persandingannya, dengan alasan agar wanita itu dapat berkahwin dalam keadaan yang terpelihara kesuciannya.

Penangkapannya dilakukan setelah pihak polis mengadakan siasatan rapi selama beberapa bulan, setelah menerima banyak laporan kesalahan agamawan itu daripada segi jenayah seksual mahupun berbentuk kewangan.

Pihak berkuasa Israel menyeru agar lebih ramai mangsa tampil ke hadapan memberi kerjasama.

Leave a Reply

Back to top button