Tempatan

Paderi Gereja Didakwa Rogol Kanak-Kanak Di Bentong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAUB, 20 Jun 2022 – Paderi gereja, Kok Chaw Fatt didakwa di Mahkamah Sesyen Raub atas 17 pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan di Bentong sejak beberapa tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 64 tahun itu mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan selepas dibacakan oleh jurubahasa di mahkamah itu.

Paderi Kok Chaw Fatt dituduh menyentuh seluruh tubuh dan kemaluan kanak-kanak itu tanpa kerelaan di sebuah gereja di Bentong pada Disember 2019.

Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan yang sama pada bulan Mei 2020 terhadap mangsa di sebuah rumah di Taman Anggerik Height, Bentong bagi pertuduhan kedua.

Bagi pertuduhan ketiga, Paderi Kok Chaw Fatt didakwa telah memasukkan kemaluannya ke dalam mulut kanak-kanak tersebut selain menyentuh seluruh tubuh dan kemaluannya pada Jun 2020 di sebuah rumah di Taman Syahbandar Height.

Bagi kesalahan itu, paderi itu didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 di mana didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat.

Paderi Kok Chaw Fatt juga didakwa telah merogol kanak-kanak itu secara berlanjutan sehingga 14 bulan, dari Januari hingga Disember 2020, dan Januari hingga Februari 2022 di Taman Syahbandar Height, Bentong.

Bagi pertuduhan ini, paderi gereja itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Paderi Kok Chaw Fatt yang diwakili oleh peguam Lee Tee Kiat dibenarkan diikat jamin sebanyak RM42,500 iaitu sebanyak RM2,500 bagi setiap pertuduhan.

Beliau juga dikehendaki melaporkan diri setiap bulan di balai polis berhampiran selain menyerahkan pasportnya kepada pihak mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan oleh mahkamah pada 4 Ogos 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: