Tempatan

Kes Rogol Di Pulau Pinang Melibatkan Rogol Berkawan – Ketua Polis Pulau Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BUTTERWORTH, 21 Disember 2022 – “Rogol, 77 orang kami tangkap, bersamaan dengan 59%. Yang ini kita tengok, jantinanya lelaki. Ini semua kes tangkapan, maksudnya mereka semua ini adalah pesalah. Mangsa mungkin kurang. Sebab apa? Berlakunya rogol berkawan. So, tangkapannya lebih,” dedah Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Mohd Shuhaily Bin Mohd Zain dalam Program Town Hall Discussion Remaja Dan Jenayah: Isu Dan Cabaran yang dimuat naik di Facebook PDRM Pulau Pinang.

Ulasnya, berdasarkan statistik Tangkapan Juvana (Indeks) (Umur 10-19 Tahun) Pulau Pinang dari Julai 2021 hingga November 2022, kes-kes rogol yang berlaku adalah statutory rape.

There are consensual sex, seks bebas, yang mana dilakukan oleh mereka yang berumur bawah 16 tahun. Tetapi, apabila sudah mengandung, apabila diketahui oleh ibu bapa, hospital dan juga sekolah, maka laporan polis dilakukan dan kita tangkaplah,” katanya.

Kata CP Dato’ Mohd Shuhaily, secara keseluruhannya statistik jenayah terutama melibatkan juvana di Pulau Pinang agak membimbangkan dengan seramai 1,251 orang ditahan sejak Julai tahun lalu hingga November tahun ini.

Jumlah pelaku jenayah juvana yang ditahan di dalam lokap dari Julai 2021 hingga November 2022 adalah seramai 392 orang terdiri daripada 377 lelaki (96 peratus) dan 15 orang perempuan (empat peratus).

“Seawal umur 12, 13, bila kita tangkap, berkawan. That is the future of this country. And when they come out, rekod dia sudah tertera terlibat dengan jenayah. We can laugh at it, but that is our future,” kata Ketua Polis Pulau Pinang itu dengan nada kesal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: