Antarabangsa

Punjab Umum ‘Kecemasan Rogol’

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUNJAB, 24 Jun 2022 – Punjab mengisytiharkan darurat kerana rogol berikutan kebiasaan berlakunya serangan seksual tersebut di kawasan itu.

Lapor East Coast Daily, Menteri Dalam Negeri Punjab, Attaullah Tarar mengatakan, “Empat ke lima kes rogol direkodkan setiap hari di Punjab dan kerajaan telah mengisytiharkan darurat untuk menangani kes itu.”

Walaupun tindakan berkenaan disifatkan sebagai strategi peralihan kerajaan untuk mengalihkan perhatian daripada pergolakan politik, namun rekod negara itu mengenai kes rogol terhadap wanita mengesahkan tindakan sedemikian.

Menurut rekod Suruhanjaya Penerangan Punjab, seramai 2,439 wanita telah dirogol dan 90 telah dibunuh di wilayah itu dalam tempoh enam bulan sebelum ini demi ‘kehormatan keluarga’.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia turut mendedahkan, sekurang-kurangnya 11 insiden rogol berlaku setiap hari, dengan lebih 22,000 kes dilaporkan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini (2015-2021).

Terkini, ibu kota Punjab, Lahore mencatatkan hampir 400 wanita dirogol dan lebih 2,300 telah diculik.

Masyarakat lebih menyalahkan mangsa rogol sekaligus memberi kelebihan kepada si perogol. Menurut kajian, hanya 77 daripada 22,000 orang yang dituduh dibuktikan bersalah, dengan kadar sabitan kurang daripada 0.3%. Ini menyebabkan kenaikan kes rogol secara mendadak.

Attaullah turut memaklumkan bahawa peningkatan kes rogol adalah kebimbangan penting bagi masyarakat dan pihak kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: