Antarabangsa

Kelab Malam Di UK Bakal ‘Bungkus’ Menjelang 2030 – Times

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 11 November 2022 – Semua kelab malam di United Kingdom (UK) mungkin akan ‘pupus’ menjelang tahun 2030 jika kadar pulangan perniagaan bagi sektor tersebut kekal seperti yang berlaku sekarang.

Perkara tersebut telah dilaporkan pada hari Khamis lalu oleh media The Times, di mana maklumat mengenai hal itu telah dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan, Night Time Industries Association (NTIA).

Menurut pertubuhan tersebut, 123 buah kelab malam telah ditutup dalam tempoh sembilan bulan di antara Disember tahun lalu dan September tahun ini dan hal ini bersamaan dengan satu kelab malam ditutup pada setiap dua hari.

Pada masa ini, jumlah kelab malam yang masih beroperasi di negara tersebut adalah sebanyak 1,068 buah. Menurut The Times,

“Jumlah tersebut menunjukkan bahawa jika kadar penurunan ini tidak diatasi, maka menjelang 2030 tiada lagi kelab malam yang akan tinggal.”

Britain yang kini sedang berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup serta krisis bahan api, menyaksikan kadar perbelanjaan rakyatnya di kelab malam telah menurun pada kadar 15 peratus pada tahun ini.

Menurut data NTIA, perkara ini terjadi berikutan kos-kos yang terpaksa dibayar oleh rakyat telah meningkat kepada lebih daripada 30 peratus.

Pada Rabu lalu, pertubuhan tersebut telah membuat tuduhan terhadap kerajaan UK dengan mengatakan bahawa kerajaan tersebut telah mengabaikan kepentingan ekonomi industri waktu malam walaupun ianya mampu menarik lebih 300 juta orang pelancong pada setiap tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: