Antarabangsa

4.2 Juta Warga British Gagal Bayar Hutang – Kajian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

LONDON, 24 Oktober 2022 – Sebuah laporan mendapati 4.2 juta rakyat British gagal untuk membayar hutang serta melakukan pembayaran balik kredit dalam tempoh tiga atau lebih daripada enam bulan terakhir apabila ekonomi mula terkesan dengan perintah berkurung bagi memerangi pandemik COVID-19

Financial Lives, Financial Conduct Authority (FCA) mendapati, kira-kira 60 peratus orang dewasa di United Kingdom (UK) terbeban dan gagal membayar hutang mereka kerana berdepan dengan krisis kos sara hidup seperti kenaikan harga makanan serta bahan api dan inflasi yang kini meningkat melebihi 10 peratus, jauh lebih tinggi daripada kenaikan gaji. 

“Satu daripada empat orang dewasa UK menghadapi masalah kewangan ataupun ada yang menyedari bahawa mereka sedang mengalami kejutan kewangan,” menurut laporan sama.

Tinjauan FCA turut mengenalpasti seramai 27 peratus daripada orang berkulit hitam menyatakan bahawa mereka sangat terbeban untuk meneruskan pembayaran bil, berbanding dengan 15 peratus orang dewasa UK yang lain.

Bagaimanpun, dimaklumkan bahawa pihak bank sebelum ini telah diingatkan tentang cara untuk membantu memberi sokongan kepada pelanggan yang menghadapi masalah kewangan dengan menghubungi pihak pembekal bagi membincangkan pilihan yang ada.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: