Tempatan

Nepotisme Bukan Sekadar Isu Tiada Gaji Atau Elaun – Hanif Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Peguam Senior, Haniff Khatri Abdulla berkata  ‘nepotisme’ pada dasarnya tidak terletak pada isu kononnya tiada bayaran gaji ataupun elaun yang diberikan kepada individu yang dilantik.

Tetapi, “nepotisme” terletak pada layanan berbeza yang perlu diberi kepada individu terbabit oleh penjawat-penjawat awam dan orang ramai yang berurusan dengan individu yang memegang “kerusi” itu.

BACA JUGA: Belanjawan 2023 Akan Kurangkan Beban Hidup Rakyat Tanpa Keluar KWSP – Rafizi Ramli

BACA JUGA: Dua Lagi Kapal Selam Akan Dibeli Demi Keselamatan Maritim Negara – Menteri Pertahanan

BACA JUGA: Mesej Tular Taktik Samun Terbaru Penyamun Tidak Benar

Malahan, ianya juga diukur di atas potensi kerugian kepada negara kerana seseorang yang mempunyai kelayakan bermerit untuk jawatan itu dikekang daripada lantikan ke jawatan itu, disebabkan oleh lantikan “nepotisme” berkenaan.

Haniff Khatri turut menambah, sepertimana “diskriminasi”, sama ada “diskriminasi positif” mahupun “diskriminasi negatif”, kedua-duanya tetap “diskriminasi”. Begitu juga dengan “nepotisme”, sama ada “nepotisme positif” mahupun “nepotisme negatif”, kedua-duanya tetap “nepotisme”.

Tambah beliau, walaupun Nurul Izzah sudah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dan  kini dipelawa menyertai Ahli Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan, perkara ini masih belum selesai malah menampilkan persoalan-persoalan lain.

Tindakan Nurul Izzah itu hanya menimbulkan persoalan seperti apakah mereka bersetuju bahawa pelantikan terdahulu adalah tidak “tidak sihat”,apa perbezaan dua pelantikan ini dan beberapa persoalan lain lagi.

Haniff Khatri menyimpulkan bahawa secara objektifnya, walau apapun yang dilakukan untuk menjustifikasikannya mahupun untuk memperbetulkannya, ianya bak kata pepatah “Nasi Sudah Menjadi Bubur”, dan kenyataan berhubung pelantikan Nurul Izzah Anwar yang  terbaru ini sekadar, “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” sahaja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: