Antarabangsa

PM Baru UK Bakal Haramkan Institut Confucius Seluruh Negara

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 27 Oktober 2022 – Pentadbiran United Kingdom (UK) kini sudah bersedia untuk mengharamkan kewujudan Institut Confucius di universiti-universiti di seluruh negara tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar luar negara.

Ini merupakan langkah yang dibuat berdasarkan salah satu janji yang telah dibuat oleh Perdana Menteri baharu negara tersebut, Rishi Sunak ketika kempen pilihan raya bagi kepimpinan Parti Konservatif pada musim panas lalu.

Pada siri kempen tersebut, Sunak telah menyatakan bahawa beliau akan menutup 30 institut kebudayaan Cina. Institut-institut tersebut yang berpusat di beberapa universiti di seluruh negara itu telah dibina bagi menawarkan kursus-kursus bahasa dan kebudayaan kepada pelajar-pelajar antarabangsa.

Ianya turut dipercayai bahawa institut tersebut turut digunakan oleh perkhidmatan perisikan Parti Komunis China bagi menangani sebarang pandangan yang kritikal terhadap Beijing.

Sunak pada siri kempen tersebut turut menyifatkan China sebagai “ancaman terbesar terhadap United Kingdom dan keselamatan serta kemakmuran dunia pada abad ini.”

Mantan Perdana Menteri UK, Liz Truss sebelum ini telah memberi amaran terhadap ahli parlimen konservatif bahawa Sunak telah memberi arahan bagi penyediaan undang-undang dalam mengharamkan institusi sedemikian di universiti-universiti di seluruh negara tersebut.

Institut Confucius telah diharamkan di beberapa negara Eropah termasuklah Sweden. Manakala di Amerika Syarikat (AS), pemberian dana awam telah dihadkan bagi universiti-universiti yang menjadi hos bagi institut tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: