Modi Nafi Dakwaan Diskriminasi Minoriti Muslim Di India
WASHINGTON, 26 Jun 2023 – Perdana Menteri India Narendra Modi menafikan dakwaan Jabatan Negara mengenai diskriminasi terhadap minoriti Muslim di India, termasuk minoriti agama lain di negara itu.
Menurut laporan hak asasi manusia dan kebebasan beragama, Jabatan Negara telah membangkitkan kebimbangan mengenai layanan kerajaan Modi terhadap orang Islam, Hindu Dalit, Kristian dan minoriti agama lain di India termasuk tindakan keras terhadap wartawan.
Apabila ditanya dalam sidang media di Rumah Putih minggu lalu, apakah langkah yang beliau sanggup ambil untuk ‘memperbaiki hak orang Islam dan minoriti lain di negaranya serta untuk menegakkan kebebasan bersuara’. Modi menjawab, tiada apa yang perlu diperbaiki.
BACA JUGA: MAKLUMAN: Penutupan Jalan Sempena PKNS Selangor International Race 2023 Ahad Ini
BACA JUGA: Harga Beras Naik Bulan Depan – Mydin
BACA JUGA: 8 Empangan Seluruh Negara Berada Di Paras Amaran
Ujarnya, “Perlembagaan kami dan kerajaan kami, dan kami sudah membuktikan demokrasi telah terlaksana. Apabila saya kata terlaksana – kasta, kepercayaan, agama, jantina, tiada ruang untuk sebarang diskriminasi (dalam kerajaan saya).”
Bagaimanapun, kenyataan pemimpin itu ditentang dan dikecam pelbagai pihak sehingga puluhan penunjuk perasaan berkumpul berdekatan Rumah Putih baru-baru ini.
“Modi harus berfikir kenapa itu adalah soalan pertama yang ditanya dalam sidang akhbar. Jelas sekali terdapat penyalahgunaan hak di India,” tegas Ajit Sahi, Pengarah Advokasi di Majlis Muslim India Amerika.
Sementara itu, Raqib Hameed Naik, pengasas Hindutva Watch pula menekankan, “Komen Modi (bahawa tiada diskriminasi agama oleh kerajaannya) adalah pembohongan sepenuhnya. India telah menjadi lubang hitam bagi minoriti agama.”
Bekas Presiden AS, Barack Obama turut berkongsi pendapat menerusi satu wawancara, katanya, “Jika kamu tak melindungi hak etnik minoriti di India, maka kemungkinan besar India pada satu ketika akan mula berpecah.”