Tempatan

Pernah Difatwa Menyeleweng Dari Ajaran Islam, Ajaran Millah Abraham Kembali Diperkatakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PETALING JAYA, 20 Disember 2022 – Ajaran Millah Abraham yang pernah difatwakan menyeleweng dari akidah Islam kini kembali diperkatakan selepas perkongsian daripada seorang pempengaruh tular mengaitkan tentang ajaran ini.

Pempengaruh tersebut telah memuat naik sebuah tangkap layar daripada seorang individu yang dipercayai pernah menjadi pengikut ajaran berkenaan dan menzahirkan kebimbangan sekiranya kumpulan itu diaktifkan kembali.

Berdasarkan tangkap layar berkenaan, menerusi kelas yang disertainya secara dalam talian, pengisian kelas itu sememangnya berlandaskan al-Quran namun ia menimbulkan kesangsian apabila ia dikaitkan dengan Millah Abraham.

“Kaitkan ada kebangkitan Nabi seterusnya dakwa apa yang kita baca al-Quran selama ini ada maksud dan maksud itu berkaitan Millah Abraham,”

“Nak terangkan pun susah. Tapi isinya ialah kandungan itu, nak kita percaya ada kebangkitan Millah Abraham in 2024, ada Rasul seterusnya. Mereka kata Kerajaan sekarang ini Kerajaan setan,” memetik kepada tangkap layar berkenaan.

Dalam perkongsian berasingan, pempengaruh tersebut turut mengongsikan sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai pengikut ajaran ini.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terdahulu, ajaran ini dikesan mula berkembang di Malaysia pada tahun 2013 dan dipercayai mempunyai persamaan dengan kumpulan Negara Islam Indonesia (NII) atau Pemuda Kahfi atau Ad-Deen yang telah pun difatwa dan diwartakan menyeleweng pada 31 Mac 2011.

Antara penyelewengan yang dibawa ajaran ini ialah dakwaan bahawa terdapatnya Rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W, gabungan tiga ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi, meninggalkan solat lima waktu dan solat Jumaat serta mengatakan seorang isteri yang hendak menyertai ajaran ini wajib menuntut cerai jika suaminya menolak untuk menyertai ajaran ini.

Fatwa berkaitan ajaran ini juga pernah dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-88 yang bersidang pada 19 November 2014 serta Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melalui Warta Kerajaan Negeri bertarikh 17 September 2015 yang diputuskan menyeleweng keluar daripada ajaran Islam sebenar.

Memetik kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Millah Abraham ini disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: