Tempatan

Shopee Hapus Serta-Merta Penjualan Air Minuman SiHulk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Ogos 2023 – Platform e-dagang terkenal, Shopee telah bertindak menghapuskan serta-merta penjualan air minuman jenama SiHulk keluaran kumpulan ajaran sesat itu.

Menurut jurucakap platform terbabit, senarai jualan dan penjual air minuman yang kononnya boleh mengubat pelbagai jenis penyakit sudahpun disingkirkan dari platform mereka.

Ujarnya, Shopee komited dalam membekalkan pengguna dengan pengalaman membeli-belah yang selamat, memuaskan dan boleh dipercayai.

BACA JUGA: Kes Nik Elin: JHEAIK Diarah Jadi Pencelah

BACA JUGA: Bekas Ahli Politik India Tuntut Laungan Azan Diharamkan

BACA JUGA: Pemancing Temukan Barang Kemas Lama Era Ratu Victoria Di Lipis

Dalam pada itu, peniaga juga diseru supaya mematuhi undang-undang tempatan dan polisi barangan terlarang di platform tersebut.

“Kami mengingatkan peniaga bahawa senarai jualan yang didapati melanggar undang-undang atau syarat terlarang akan disingkirkan,” tegasnya.

Baru-baru ini, samudera.my melaporkan, kumpulan ajaran sesat SiHulk mencari suaka di New Zealand dan mereka turut mendaftar perniagaan dengan nama Society Of Islamic Holiticism Universal Linkage Knowledge (SiHulk) bagi meneruskan penjualan air mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: