Tempatan

Rakyat Malaysia Didakwa Hadir Majlis ‘Sanjung Israel’, JAKIM Mula Siasatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan ramai rakyat Malaysia menghadiri majlis ‘menyanjungi Israel’ di Pondok Pesantren Al-Zaytun, Jawa Barat, Indonesia tahun lalu.

Lapor media, Lucky Hakim, seorang selebriti Indonesia yang terlibat dalam majlis itu mendedahkan mengenai penyebaran ajaran sesat di pondok tersebut dan mendakwa majoriti tetamu adalah di kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, “Majlis yang berlangsung ketika itu bukan majlis biasa kerana banyak kenderaan. Saya lihat tetamu mungkin lebih 2,000 orang. Banyak tetamu dari luar, ada dari Korea dan paling ramai adalah dari Malaysia.”

Lebih membimbangkan, menerusi video yang tular, pengasas pusat pengajian itu dilihat mengajak para tetamu untuk menyanyikan lagu dan mengucapkan salam dalam bahasa Hebrew.

BACA JUGA: Kalimah Allah: Titah Sultan Johor Menyangkal Naratif Sumbang Politikus

BACA JUGA: Hakisan Pantai: Tabika Diarah Tutup Segera

BACA JUGA: Kerajaan Hanya Perlukan 24 Jam Untuk Pinda Penggunaan Kalimah ‘Allah’ – Haniff Khatri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya mengambil maklum tentang dakwaan itu namun perkara tersebut perlu dibincangkan lebih lanjut oleh Panel Kajian Akidah JAKIM bagi mendapatkan pandangan serta nasihat sebelum tindakan diambil.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman juga meminta pihak JAKIM menyiasat sama ada ajaran pelik itu sudah menular di Malaysia.

Ujarnya, dengan kemajuan teknologi dan media sosial, ajaran yang dibawa oleh pondok Jawa Barat itu boleh menular dengan cepat.

Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad turut mengecam tindakan pimpinan pondok Al-Zaytun kerana jelas menyanyikan lagu salam bagi orang Yahudi.

Terdahulu, tular di media sosial, pondok itu melaksanakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri bertentangan dengan ajaran Islam. Jemaah kelihatan solat berjarak seperti semasa pandemik COVID-19 tetapi bercampur lelaki dan wanita dalam satu saf.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: