Tempatan

Elak Ditangkap, Ketua Ahmadi Religion Malaysia Larikan Diri Ke Luar Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Ogos 2023 – Ketua ajaran sesat The Ahmadi Religion of Light and Peace Malaysia telah melarikan diri ke luar negara bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa.

Lapor sumber keselamatan, lelaki itu sudahpun melarikan diri sebelum terjadi insiden pengikut ajaran terbabit berhimpun di hadapan sebuah kompleks beli-belah mempertahankan hak orang ramai mengamalkan gaya hidup LGBT.

Ujar sumber, “Lelaki itu diberikan taraf bishop sebagai ketua dan bertanggungjawab menyebarkan dakyah serta menguruskan pengikut mereka di negara ini. Bagaimanapun, siasatan mendapati, dia sudah melarikan diri ke luar negara sebelum insiden itu lagi.”

BACA JUGA: Lagi Kes Bakar Al-Quran Sweden! Wanita Gesa Semua Agama Dihapuskan

BACA JUGA: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tolak Permohonan Wanita Keluar Islam

BACA JUGA: PRN: Berpada-Pada Pasang Bendera Parti Pada Kenderaan – Anthony Loke

Laporan turut menyebut, ajaran ini sudah lama wujud dan tersebar di media sosial, namun sejak kebelakangan ini, ia mula aktif secara fizikal.

Terdahulu, samudera.my mendedahkan, antara pegangan asas ajaran sesat Ahmadi Religion adalah mempercayai kewujudan 12 Imam Mahdi dan mendakwa lokasi sebenar Kaabah terletak di Petra, Jordan, bukan di tanah suci Mekah, Arab Saudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: