Tempatan

MAIS Mohon AJK Masjid & Surau Pantau Ajaran Sesat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 28 Ogos 2022 – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar memohon semua ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Selangor untuk membantu pihak berkuasa agama memantau ajaran sesat yang dilaporkan berkembang di negeri itu.

Sebagai contoh, AJK masjid perlu membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) jika ada kuliah yang disampaikan oleh bukan penerima tauliah mengajar di masjid.

“Perkara ini bagi mengelakkan kuliah disampaikan terpesong daripada ajaran Islam sekali gus menyebabkan individu Islam terjebak ajaran sesat,” katanya menurut laporan sebuah portal berita tempatan

Katanya lagi, kebanyakan pengikut terdedah kepada aktiviti ajaran songsang yang dipelajari di media sosial. Malah, kurang pengetahuan agama juga menjadi faktor umat Islam mudah terjebak ajaran sesat.

Oleh yang demikian, Dr Ahmad Shahir berharap agar umat Islam mesti kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah selain perlu merujuk kepada JAIS jika tidak pasti mengenai isi kandungan ceramah disampaikan.

“JAIS akan terus membuat pemantauan melalui bahagian penguatkuasaan terhadap sebarang aktiviti berkaitan agama yang mencurigakan,” tegas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: