Terkini

Hina Nabi Muhammad, Empat Ahli Ajaran ‘Si Hulk’ Diburu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISKANDAR PUTERI, 22 Mac 2023 – Empat lelaki dipercayai ahli kumpulan ajaran sesat ‘Si Hulk’ yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di aplikasi TikTok diburu pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, JAINJ sudah menerima laporan berhubung penularan video berkenaan di TikTok, dan pihaknya telah membuat laporan polis untuk meminta bantuan PDRM bagi mengesan empat lelaki yang dipercayai berasal dari daerah itu.

BACA JUGA: CelcomDigi Gabung, Milik Khazanah, Tapi Peranan Melayu Dikecilkan – Presiden PERKASA

BACA JUGA: Peluk Islam Dengan Kebenaran Bapa, Undang-Undang Negeri Perlis Selari Perlembagaan

BACA JUGA: Syed Saddiq Jangan Tunjuk Liberal Sangat – Ketua Penerangan PERKASA

“Di dalam video yang tular itu, dengar seperti mereka sebut Syiah tetapi sebenarnya ia adalah ajaran sesat Si Hulk. Video tular empat lelaki mengenai ajaran Si Hulk ini bermakna, ajaran sesat ini masih ada pengikut setia di negeri ini walaupun sudah diharamkan dua tahun lalu.”

“Kerajaan Negeri memberi amaran kepada pelaku di dalam video terbabit dan mana-mana pihak supaya menghentikan penyebaran ajaran sesat ini. Jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata ajaran Si Hulk yang diasaskan Suhaini Bin Mohammad bukan sahaja sudah difatwakan, bahkan dititahkan selepas mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Oleh itu, situasi tersebut dipandang serius memandangkan video itu dapat ditonton dengan bebas oleh generasi muda.

Sejak kelmarin, tular rakaman video berdurasi satu minit 17 saat memaparkan empat lelaki mengaku menyokong ajaran Si Hulk dan menyebut beberapa ayat menyeleweng akidah antaranya Nabi Muhammad SAW adalah tuhan.

Sementara itu, Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata, sekurang-kurangnya 21 ajaran sesat dikesan di Johor dan sudah diletakkan dalam senarai fatwa dan warta berkaitan akidah di negeri ini, setakat ini.

Antara ajaran sesat yang disenaraikan adalah ajaran Ismail Arifin@lepat, fahaman Hizbut Tahrir, ajaran Azman Samat, ajaran Millah Abraham dan kumpulan Layar Bahtera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: