Tempatan

Pengikut Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Dicekup Di Jasin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 16 Jun 2023 – Seorang lelaki disyaki pengikut ajaran sesat Suhaini bin Mohamad atau ‘Si Hulk’ dicekup pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Jasin, Ahad lalu.

“Hasil soal tanya terhadap orang yang disyaki (OYDS), dia mengaku sepatutnya berangkat ke New Zealand bersama isteri dan tiga anaknya pada Selasa lalu untuk bersama pengasas ajaran sesat itu dan ahli kumpulan yang sudah berada di sana,” kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman.

Katanya, risalah ajaran sesat itu turut dirampas dalam penahanan tersebut pada sekitar jam 8.30 malam.

BACA JUGA: ‘Formula’ B40, M40, T20 Dihapus Tahun Depan

BACA JUGA: Mantan CEO FINAS Dakwa Dipecat Kerana Siasat Isu Ketirisan Dana

BACA JUGA: Pahang Benar Premis Persendirian Laksana Ibadah Korban Tahun Ini

Hasil siasatan turut mendapati terdapat beberapa lagi individu dari negeri lain yang berhasrat untuk berpindah ke New Zealand untuk menyertai kumpulan terbabit.

Maklum beliau, ajaran tersebut sudah bermula sejak tahun lalu dan di Melaka jumlah pengikutnya dianggarkan antara 10 hingga 20 orang.

Mengulas lanjut, fahaman tersebut telah pun difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam berasaskan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah oleh negeri berkenaan pada 30 Mei lalu.

Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk berhenti daripada mengikuti ajaran sesat terbabit dan merujuk kepada pihak JAIM jika terdapat sebarang kekeliruan.

Pada Mac lalu, tular sebuah video di aplikasi Tiktok memaparkan empat lelaki dipercayai ahli kumpulan ajaran ‘Si Hulk’ yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: